Site icon TechNave BM

Akses percuma Pornhub Premium seluruh dunia sehingga 23 April

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai aktiviti pengguna yang mencari kata kunci tentang Koronavirus dalam laman web Pornhub dan trafik pengguna di Malaysia. Laman web itu kini memaklumkan bahawa mereka akan memanjangkan tempoh langganan percuma untuk akses Pornhub Premium di seluruh dunia berikutan untuk membantu penggunanya agar kekal berada di rumah.

Informasi ini dikongsikan oleh akaun Pornhub sendiri melalui laman Twitternya. Tempoh pemanjangan akses percuma ini akan dilanjutkan sehingga 23 April 2020. Selain laman web ini, beberapa aplikasi lain di Malaysia seperti Astro Go dan iflix juga turut memberi tontonan percuma untuk membantu rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa pun, kami menggalakkan anda untuk sentiasa mengisi masa lapang di rumah dengan aktiviti berfaedah. Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Pornhub melalui TechNave CN

Exit mobile version