Site icon TechNave BM

Aksesori Apple fon telinga Beats Flex, 20W USB-C Power Adapter kini tersedia, harga bermula RM99

Sejurus selepas pelancaran siri iPhone 12, Apple telah memaparkan perubahan melalui laman web rasminya termasuklah aksesori baharu dan kemas kini harga iPhone terdahulu. Antara aksesori baharu yang tiba adalah Beats Flex All-Day Wireless Earphones dan 20W USB-C Power Adapter.

Oleh kerana Apple telah mengesahkan pengotakan iPhone yang lebih ringkas (ketiadaan pengecas dan EarPods bersama), maka pastinya Apple telah menyediakan alternatif untuk hal ini. Anda boleh membeli fon telinga Beats Flex All-Day Wireless Earphones berharga RM219 dan pengecas 20W USB-C Power Adapter berharga RM99.

Untuk fon telinga Beats Flex ini, ia mampu bertahan sehingga 12 jam, fungsi magnetik untuk Main/Jeda, dilengkapi cip Apple W1 dan banyak lagi maklumat lanjut disini. Ia hadir dengan pilihan warna Beats Black, Flame Blue, Smoke Gray dan Yuzu Yellow.

Pengecas 20W USB-C Power Adapter pula bersesuaian dengan model iPhone 8 ke atas, iPad Pro 11 inci dan iPad Pro 12.9 inci (Generasi Ke-3).

Untuk bakal pembeli iPhone 12 atau iPhone lain yang masih sedia dijual, anda mungkin boleh membeli aksesori alternatif ini atau adakah anda sudah mempunyai alternatif aksesori lain? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple MY

Exit mobile version