Site icon TechNave BM

Aksesori Huawei P40: Daripada ‘casing’ yang dibuat daripada kristal hinggalah ‘gamepad’

Dengan pelancaran Huawei P40 pada hari ini, ia juga datang dengan beberapa aksesori menarik, bermula dengan casing istimewa seperti P40 Pro Glamorous Case yang diliputi kristal berkilauan dan Monogram Series Case yang terdiri daripada enam corak menarik.

Buat para gamers pula, P40 Pro anda boleh dipasang dengan P40 Pro Game Case untuk memainkan game anda seperti konsol game sebenar, dengan operasi empat jari.

Jika anda berjiwa lasak, anda boleh membawa P40 anda ke dalam air dengan Snorkeling Case yang boleh menyelam sehingga 10 meter.

Selain itu, terdapat juga sebuah P40 Pro edisi khas iaitu Huawei P40 Pro Special Edition Gift Box yang diumumkan bersama aksesori-aksesori di atas tetapi butirannya masih belum dijelaskan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki sebuah telefon P40 dengan mana-mana aksesori di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version