Site icon TechNave BM

Aksesori MagSafe iPhone 12 kini boleh dibeli dari laman web Apple Malaysia bermula RM179

Sewaktu iPhone 12 mula diperkenalkan, aksesori sarung magnet MagSafe tidak tersenarai dalam laman web Apple Malaysia. Kini para pelanggan iPhone 12 di Malaysia boleh mendapatkan aksesori tersebut dari laman web itu dengan harga bermula dari RM179.

Pengecas wayarles MagSafe kini boleh dibeli dengan harga RM179, manakala dompet kulit Leather Wallet dengan MagSafe berharga RM269. Sarung silikon MagSafe pula dijual pada harga RM219 untuk mana-mana varian iPhone 12.

Jika anda inginkan sarung yang nampak mewah, sarung kulit Leather Case dengan MagSafe berharga RM269 manakala sarung lutsinar Clear Case dengan MagSafe berharga RM219. Buat mereka yang tidak kisah tentang harga mahal, mungkin boleh mendapatkan sarung kulit Leather Sleeve dengan MagSafe berharga RM594.

Untuk lihat sendiri padanan warna untuk iPhone 12 kegemaran anda dengan sarung MagSafe, anda boleh akses iPhone 12 Studio untuk mencuba pelbagai kombinasi warna. Perlu diketahui bahawa kadar pengecasan wayarles untuk semua iPhone 12 adalah 15W kecuali iPhone 12 mini yang mempunyai kadar 12W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan sarung MagSafe dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version