Site icon TechNave BM

Aksesori pengesan objek Apple AirTags muncul dalam talian, bakal dilancar tak lama lagi?

Pengesan objek pintar dari Apple, AirTags sudah menjadi perbualan ramai sejak dari awal tahun lalu lagi. Pelbagai berita mengenai peranti ini sudah berada di dalam talian termasuklah spesifikasinya. Namun, personalannya bilakah peranti ini bakal memasuki pasaran?

Terbaru, syarikat aksesori Spigen telah memuat naik halaman web untuk aksesori peranti AirTags (yang diberi nama Valentinus) di laman web Amazon Belanda. Valentinus ini dilihat sebagai sebuah rantai kunci yang membolehkan pengguna menyambungkan AirTags ke kunci atau benda yang lain. Valentinus diperbuat daripada kulit tiruan dengan sebuah butang untuk memudahkan pengguna memasang dan menanggalkan AirTags.

Selain Spigen, syarikat Nomad juga telah menunjukkan rantai kunci mereka untuk peranti AirTags yang juga diperbuat daripada kulit. Tambahan lagi, Nomad juga perkenalkan pemegang tali hitam yang boleh dilaraskan untuk memegang AirTags.

Di laman web Amazon Itali dan Sepanyol, rantai kunci ‘Cyrill’ untuk AirTags pula telah dikesan. Ia mempunyai reka bentuk butang yang hampir sama dengan aksesori dari Spigen.

Cyrill diperbuat dari kulit dan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan beige.

Penyenaraian beberapa aksesori AirTags dalam talian ini mungkin memberi petanda bahawa peranti ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Berdasarkan sumber lalu, ia mungkin akan memasuki pasaran pada bulan Mac ini.

Adakah anda menanti peranti AirTags ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2 | 3

Exit mobile version