Site icon TechNave BM

Alami tontonan video yang lebih mengagumkan dengan skrin besar pada Samsung Galaxy Z Fold3 5G

Pada 11 Julai 2021, Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G telah dilancarkan di Malaysia dengan tawaran spesifikasi yang menarik perhatian orang ramai. Kedua-dua telefon lipat ini dapat memenuhi keperluan anda daripada segi tugasan harian, kerja, tontonan video dan juga gaming

Dengan skrin yang besar seperti sebuah tablet, Galaxy Z Fold3 5G menawarkan komponen UX yang baru dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman hiburan dan produktiviti terbaik bagi setiap pengguna. 

Menarik sekali, anda boleh membuka dua tab secara serentak seperti membuka menu di sebelah kiri dan melihat butiran lain pada sebelah kanan. Bukan itu sahaja! Sekiranya anda bosan membuat kerja, hiburkan diri anda dengan tontonan video lawak di YouTube bersebelahan dengan nota kerja pada skrin telefon. 

Untuk mengoptimumkan penggunaan skrin, anda boleh klik sahaja pada butang menu di sebelah kiri untuk ke Tetapan (Settings). Kemudian, anda perlu klik pada Paparan (Display) untuk memilih sama ada anda inginkan paparan pelbagai atau paparan standard. Skrin juga boleh dizum mengikut kesesuaian yang anda inginkan. 

Selain daripada itu, optimumkan penggunaan aplikasi anda dengan pilihan nisbah skrin yang disediakan. Anda boleh memilih sama ada skrin penuh (full screen), 16:9, 18.5:9, 4:3 atau App default. 

Seperti biasa, klik pada Tetapan (Settings), kemudian cari Ciri Lanjutan (Advanced Features), klik pada Makmal (Lab) dan tukar nisbah bidang aspek untuk aplikasi yang anda ingin suaikan. 

Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold3 5G sekarang untuk tontonan yang mengasyikkan! Piala Dunia FIFA 2022 semakin mendekat dan anda pasti ingin menonton siaran tersebut pada November ini. Namun, dengan kerja yang banyak di pejabat, ia boleh membuatkan anda lambat pulang ke rumah. Dengan Galaxy Z Fold3 5G ini, ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta dapat menyelesaikan masalah anda daripada terlepas perlawanan bola sepak dalam Piala Dunia 2022. 

Dengan skrin yang besar berbanding telefon pintar yang lain, Galaxy Z Fold3 5G akan memberikan kawalan dan prestasi yang lebih baik serta pengalaman tontonan video yang mengasyikkan. Secara keseluruhan, ia merupakan telefon pintar dengan prestasi yang baik tidak kira untuk tugasan harian, kerja, tontonan video dan gaming! Untuk tahu lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Fold3 5G, sila lawati laman web rasmi Samsung di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version