Site icon TechNave BM

Alienware lancarkan aksesori “gaming” di Malaysia, bermula RM369

Baru-baru ini, Alienware telah melancarkan beberapa aksesori gaming untuk pasaran Malaysia. Aksesori gaming yang dilancarkan ialah papan kekunci, set kepala dan tetikus. Alienware Dual Mode Wireless Gaming Headset (AW720H) menampilkan pemacu berresolusi tinggi 40mm dan Dolby Atmos yang boleh mencipta bunyi sekeliling 3D.

Ia juga mempunyai mikrofon boom pembatalan hingar AI untuk berkomunikasi dalam talian dan menawarkan hayat bateri sehingga 30 jam dengan keupayaan pengecasan pantas. Pengguna mempunyai pilihan untuk memilih antara sambungan PC dongle wayarles USB-C 2.4GHz atau berwayar 3.5mm.

Produk gaming seterusnya ialah Alienware Tenkeyless (TKL) Gaming Keyboard (AW420K) dan Alienware Tri-Mode Wireless Gaming Keyboard (AW920K). Perbezaan utama antara kedua-duanya ialah tidak mempunyai ciri NumPads dan Tri-Mode yang membolehkan penggunaan dongle USB-C wayarles 2.4GHz atau melalui kabel paracord USC yang boleh ditanggalkan. Ia hadir dengan pencahayaan RGB dan suisnya jenis Cherry MX Red.

Yang terakhir, Alienware Wireless Gaming Mouse (AW620M) menampilkan sehingga 26,000 DPI, 650 IPS dan pecutan maksimum 50G. Ia disepadukan dengan papan klik L/R dan sambungan dongle wayarles 2.4GHz menawarkan sehingga 140 jam hayat bateri pada PC dan boleh dicas semula selama lima minit sahaja untuk mendapatkan sehingga 10 jam sesi gaming.

Harga dan ketersediaan produk gaming ini ialah Alienware Tenkeyless (TKL) Gaming Keyboard (AW420K) berharga RM719 dan anda boleh dapatkan di Dell Malaysia manakala Alienware Dual Mode Wireless Gaming Headset (AW720H) berharga RM679 serta Alienware Wireless Gaming Mouse (AW620M) berharga RM369 akan tersedia pada hujung Mac ini.

Harga untuk Alienware Wired Gaming Headset (AW520H) dan Alienware Wireless Gaming Keyboard (AW920K) pula belum diumumkan dan bakal tersedia pada suku kedua tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version