Site icon TechNave BM

Allo City Broadband oleh TNB lancarkan pelan internet Rahmah baharu: 100Mbps pada harga RM69

Sekiranya anda tidak tahu, Allo City Broadband oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan pakej Rahmah untuk salah satu pelan internetnya. Pelan internet Rahmah menawarkan kelajuan 100Mbps untuk pelanggan pada harga yang lebih berpatutan.

Pelan “Pakej Perpaduan” membawa kelajuan 100Mbps pada harga RM69 dan akan dibuka kepada warga emas, veteran tentera, OKU, PDRM dan B40 Malaysia. Selain itu, pelan Rahmah hadir dengan kontrak 24 bulan dan diskaun RM30. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, Allo menampilkan pelan internet 100Mbps pada harga RM99.

Mereka yang melanggan pelan Rahmah juga akan menikmati kelebihan lain termasuk sambungan tanpa had ke internet, kelajuan muat turun yang seimbang dan pemasangan percuma untuk penghala dan modem WiFi. Jika anda berminat dengan pelan Rahmah, anda boleh mendaftar minat anda di sini atau di kedai TNB yang berdekatan dah hantar beberrapa dokumen peribadi seperti pendaftaran memerlukan IC, kad Pesara atau kad OKU anda.

Buat masa ini, pelan ini disediakan di bawah negeri lindungan Allo termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Kedah. Untuk maklumat lanjut tentang liputan Allo, anda boleh melawati laman web mereka di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version