Site icon TechNave BM

Aloft Kuala Lumpur Sentral tawarkan pengalaman Bilik Eksplorasi XR dengan PICO 4

Aloft Kuala Lumpur Setral menawarkan pengalaman hotel XR (Extended Reality) pertama dengan kerjasama PICO. Mereka memperkenalkan Pakej “Bilik Eksplorasi XR” ditawarkan kepada 50 bilik tingkat atas dengan pelbagai game dan aplikasi dalam set kepala PICO 4.

Pengalaman inovatif ini boleh ditempah bermula 17 Oktober 2023 untuk tempoh penginapan di antara 1 November hingga 31 Disember 2023, dengan harga bermula daripada RM580. Tetamu yang menempah Bilik Eksplorasi XR akan mendapat akses kepada 15 game dan aplikasi untuk meningkatkan penginapan mereka dengan teknologi dan kreativiti.

Sebagai insentif tambahan, tetamu yang menempah pakej ini berpeluang memenangi set kepala PICO 4 All-in-One VR bernilai RM1,699 berserta baucar Lazada bernilai RM 1,000 yang boleh digunakan untuk melanjutkan pengalaman XR selepas penginapan mereka.

Anda boleh e-mel ke Reservations.Aloftkl@alofthotels.com atau lawati laman web rasmi Aloft Kuala Lumpur untuk ketahui lebih lanjut mengenai pakej ini. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version