Site icon TechNave BM

Alternatif servis dan aplikasi Google daripada Huawei akan disediakan sebelum tahun 2020

Tanpa perkhidmatan Google Mobile Services (GMS), susah untuk Huawei mengikuti perkembangan peranti lain yang memiliki servis tersebut. Walaupun pengilang peranti pintar China sedang cuba mempertingkatkan Huawei Mobile Servis (HMS), ia mungkin tetap mengambil sedikit masa untuk kematangan servis. Terkini, kami dapat ketahui bahawa Huawei mengambil sumber di India untuk membangunkan servis aplikasi alternatif Google. Mereka turut berjanji servis tersebut akan disediakan pada akhir tahun ini.

Presiden Huawei India, Charles Peng mengumumkan pada hari penghargaan India’s Huawei Developer Day bahawa syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan pembina aplikasi India untuk membina aplikasi dan servis yang menggantikan Google. Beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan aplikasi utama seperti navigasi, pembayaran, gaming dan permesejan akan siap tersedia tidak lama lagi.

Kami tidak dapat menjangkakan keberkesanan HMS oleh kerana beberapa aplikasi seperti YouTube dan Gmail yang telah biasa melengkapi hidup pengguna GMS. Cabaran Huawei adalah untuk menunjukkan bahawa servis HMS sebaik servis mudah alih Google.

Selain itu, penyumberan bukan sahaja dari India, tetapi juga negara-negara lain. Syarikat tersebut dinyatakan telah melabur sebanyak 1 bilion untuk menyumbang kepada program integrasi pembina HMS. Pembina aplikasi bakal mendapat dana beratus ribu dolar jika aplikasi mereka berjaya ke Huawei AppGallery yang merupakan alternatif Google Play Store. Peng juga mengesahkan bahawa peranti HONOR akan datang bakal hadir dengan GMS, jadi anda tidak perlu bimbang jika anda salah seorang daripada peminat sub-jenama Huawei ini.

Beritahu kami pendapat anda tentang persaingan HMS dan GMS di laman Facebook. Untuk berita teknologi terkini, nantikan di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Sumber gambar: Huawei Central

Exit mobile version