Site icon TechNave BM

Amazfit GTR 4 Limited Edition dilancar: Sensor suhu dan pengecasan wayarles pada ~RM1,112

Amazfit telah mengeluarkan versi yang lebih premium bagi Amazfit GTR 4, dengan nama Amazfit GTR 4 Limited Edition. Ia menampilkan rupa yang lebih bergaya dan ciri tambahan berbanding model sebelum ini.

Perbezaan ketara pertama adalah kemasukan pengecasan magnet wayarles. Baterinya berkapasiti 475mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan biasa, 8 hari dengan penggunaan berat, 28 jam dalam mod ketepatan GPS dan 50 hari yang hebat dengan mod jam.

Selain itu, ciri BioTracker 4.0 yang ada pada jam pintar ini juga berfungsi dengan tambahan sensor suhu. Selain itu, GTR 4 Limited Edition hanya hadir dalam warna Infinite Black dengan tali Fluoroelastomer.

Ia berharga USD249.99 (~RM1,112) di Amerika Syarikat. Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman mengenai pelancarannya ke negara lain. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi global Amazfit.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version