Site icon TechNave BM

Amazfit GTS 3 dan GTR 3 bakal dilancar, miliki Zepp Os dan logo baharu

Zepp Health bakal melancarkan melancarkan jam tangan pintar Amazfit GTR 3 dan Amazfit GTS 3 pada 11 Oktober pada jam 5 petang (GMT+1). Kini, terdapat berita mengatakan bahawa Amazfit telah menukar logonya.

Sebelum ini, Amazfit menggunakan tulisan huruf besar dan berwarna putih manakala di atasnya terdapat logo bulat berwarna kuning. Amazfit Global telah berkongsi satu tweet menunjukkan logo terbaru yang boleh dilihat didalam video di bawah dengan tulisan baru berhuruf kecil dan berwarna hitam. Logo tersebut berkemungkinan dipercayai sedang dalam proses penyuntingan sebelum didedahkan secara rasmi.

Selain itu, terdapat beberapa pendedahan mengenai jam pintar terbarunya yang mengatakan dengan satu-klik, ia dapat mengukur degup jantung, tahap oksigen darah, tahap tekanan dan kadar pernafasan sekaligus. Jam pintar tersebut bakal mengguna sistem operasi Zepp OS. 

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk Amazfit dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version