Site icon TechNave BM

Amazfit Neo diumum di Malaysia: Rekaan klasik, bateri tahan 4 minggu berharga RM139

Terkini, Amazfit telah mengumumkan jam tangan baharu dengan rekaan digital klasik, Amazfit Neo di pasaran Malaysia. Dengan penawaran spesifikasi seperti ketahanan bateri sehingga empat minggu dan 50m tahan air, ia hanya ditawarkan pada harga RM139 (harga promosi).

Antara spesifikasi lain yang menarik adalah sistem penjejakan kesihatan professional PAI yang menyokong 24 jam pengawasan degup jantung, fungsi pengawasan tidur dan beberapa mod sukan yang terbina dalam. Anda juga boleh menghubungkan Amazfit Neo dengan telefon pintar anda untuk notifikasi penting dari aplikasi tertentu.

Berikut adalah spesifikasi asas Amazfit Neo:

Untuk pengetahuan anda, Amazfit Neo hadir dengan pilihan warna hitam, hijau dan merah pada harga RM149. Ia bakal dilancarkan di Shopee pada 10 Oktober ini. Sempena pra-pelancaran eksklusifnya, anda boleh mendapatkan Amazfit Neo dengan harga promosi RM139 di Shopee pada 2 Oktober 2020.

Adakah anda akan menyukai jam tangan dengan rekaan klasik digital ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version