Amazfit mengumumkan jam pintar terbaharunya hari ini iaitu Amazfit Pop 3S. Ia membawakan skrin terbesar setakat ini pada jam tangan Amazfit dengan paparan AMOLED 1.96 inci dengan fungsi Paparan Sentiasa Hidup (AOD).
Resolusinya ialah 410 x 502 piksel dan anda mendapat lebih 100 muka jam untuk dipilih. Bingkai tengah diperbuat daripada aloi zink manakala butangnya adalah keluli tahan karat. Pop 3S menampilkan pemantauan degupan jantung, oksigen darah, tekanan dan penjejakan tidur.
Ia juga hadir dengan lebih 100 mod sukan dan membawa penarafan IP68 untuk rintangan habuk dan air. Namun, ianya tidak memiliki GPS atau NFC. Sambungannya menggunakan Bluetooth LE 5.2 dan terdapat pembesar suara terbina dalam yang menyokong panggilan Bluetooth melalui telefon anda.
Baterinya berkapasiti 300mAh yang dinilai pada 12 hari penggunaan biasa. Ia dijual dengan harga INR 3,499 (~RM197) untuk versi tali silikon manakala varian tali logam akan berharga INR 3,999 (~RM225). Amazfit Pop 3S mungkin akan tiba ke pasaran Malaysia tetapi perlu menunggu kenyataan rasmi daripada syarikat tersebut.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Amazfit

