Site icon TechNave BM

Amazfit PowerBuds Pro boleh kesan postur badan dan degupan jantung, miliki tiga mod ANC

Amazfit yang merupakan salah sebuah pengeluar peranti pintar bakal melancarkan fon telinga wayarles TWS pada 12 Oktober. Amazfit PowerBuds Pro akan membantu mengesan tahap kesihatan anda dan juga berfungsi sebagai fon telinga untuk mendengar muzik.

Ianya mempunyai accelerometer untuk mengesan postur badan dan akan mengingatkan anda untuk membetulkan cara berdiri. Ia juga dapat mengesan degup jantung dan mempunyai kawalan kelantangan untuk mengelakkan kecederaan pada bahagian pendengaran.

Amazfit PowerBuds Pro mempunyai enam mikrofon yang digunakan untuk pengurangan kebisingan. Angka rasmi yang dikeluarkan menunjukkan bahawa fon telinga wayarles ini hadir dengan pengurangan kebisingan sehingga 40 dB.

Tambahan, terdapat tiga pilihan mod berbeza yang disesuaikan mengikut persekitaran seperti ruang tertutup, kenderaan dan ketika bersukan. Mod telus juga tersedia untuk peranti ini. Fon telinga wayarles ini mempunyai diafragma Liquid Crystal Polymer yang biasa digunakan pada fon kepala premium.

Reka bentuk kubah dan cip akustik khas menjanjikan kualiti audio yang sempurna. Amazfit mengumumkan PowerBuds Pro pada bulan Julai dengan harga $150 (RM620). Tidak berapa jelas mengenai pelancarannya yang mana ia hanya berlaku di China atau merupakan model yang diperbaharui.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version