Site icon TechNave BM

Amazfit T-Rex Pro rasmi di Malaysia: Lasak bergred tentera, tahan 18 hari berharga RM659

Semalam, Amazfit telah mengumumkan kehadiran salah satu jam tangan pintar tahan lasak dalam barisan produknya. Amazfit T-Rex Pro ditawarkan dengan pelbagai ciri tahan lasak bersama ciri kesihatan pintar pada harga RM659 di Malaysia.

Amazfit T-Rex Pro bukan sahaja melepasi 15 ujian tahan lasak gred ketenteraan, tetapi juga mampu bertahan dalam eksplorasi ekstrem anda. Lebih menarik, jangka hayat baterinya mampu bertahan sehingga 18 hari, menyokong ciri tahan air 10-ATM dan memiliki lebih 100 mod sukan. Anda boleh menyemak spesifikasi pentingnya seperti di bawah.

Amazfit T-Rex Pro dijual di Malaysia pada harga RM659 bermula 4 April 2021 di Amazfit Official Store Shopee. Namun, anda juga boleh membuat pra-tempahan sekarang (24 Mac hingga 31 Mac 2021) juga di Shopee untuk mendapat penghantaran dan hadiah percuma. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version