Site icon TechNave BM

Amazfit T-Rex Ultra dilancar di Malaysia: GPS, penjejakan oksigen darah dan kalis air 10ATM berharga RM1,899

Hari ini, Zepp Health Corporation (Zepp) mengumumkan bahawa jam tangan pintar Amazfit terbarunya kini boleh didapati di Shopee dan Lazada. Digelar Amazfit T-Rex Ultra berharga RM1,899 dalam warna Abyss Black dan Sahara.

Ia direka daripada perkakasan dan perisian gred tentera berteknologi tinggi terkini dengan pemantauan, pengesanan dan GPS. Amazfit T-Rex Ultra dilengkapi dengan lug boleh laras, 6 satelit GPS, 120 muka jam, altimeter, kompas, cuaca, pasang surut, liputan matahari dan bulan dalam versi Zepp OS 2.0.

Seperti semua jam tangan pintar premium moden, ia sesuai untuk setiap aktiviti luar. Ia mempunyai badan keluli tahan karat, sensor biometrik BioTracker PPG yang menyokong penjejakan oksigen darah dan sokongan Wi-Fi 2.4GHz. Ia juga menyokong terjun bebas hingga 30 meter, dengan kalis air 10ATM dan fungsi terjun bebas yang mengira kedalaman air serta fungsi senaman pernafasan yang membantu aktiviti dalam air.

Pelanggan akan membawa pulang satu set beg kering kalis air, jaket angin dan botol sukan semasa pembelian pada 18 Mei 2023 sementara stok masih ada. Semua produk Amazfit yang ditampilkan boleh dibeli di laman web rasmi Amazfit atau di Shopee dan Lazada.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version