Site icon TechNave BM

Amazon senaraikan harga PS5 dan Xbox Series X ~RM3,242

Terkini, terdapat sumber yang berjaya menyimpan gambar harga PlayStation 5 dari laman e-dagang Amazon. Namun, berita ini agak dicurigai memandangkan terdapat hal yang tidak seiring dengan maklumat yang disampaikan oleh Sony setakat ini.

Menurut sumber, Amazon telah menyenaraikan 2020 Dummy ASIN Sony PS5 1 2TB. Pengguna tersebut telah cuba menempahnya dan halaman maklumat tempahan seterusnya di Amazon memaparkan 2020 Dummy ASIN Sony PS5 2 2TB. Jika anda perhatikan, nama penyenaraian ini berubah pada satu angka.

Sebelum ini, Sony juga pernah mengumumkan SSD asas PS5 adalah 825GB, tiada pengumuman berkaitan tentang konsol 2TB seperti yang disenaraikan. Apa pun, harga PS5 yang tertera di Amazon adalah £599.99 (lebih kurang ~RM3,242). Amazon kemudiannya memadam penyenaraian ini.

Selain itu, Amazon turut menyenaraikan harga Xbox Series X. Memandangkan kesemua harga adalah sama iaitu £599.99 (lebih kurang ~RM3,242), besar kemungkinan Amazon hanya meletakkan harga jangkaan sementara sahaja untuk PS5 dan Xbox Series X.

Lebih selamat untuk kita menunggu pengumuman harga rasmi daripada Sony dan Microsoft. Acara Sony PS5 seterusnya bakal dilangsungkan pada 12 Jun ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version