Site icon TechNave BM

AmBank dan Alp Capital bekerjasama lancarkan DuitNow QR, sokong bayaran rentas sempadan untuk peruncit

Alp Capital Sdn Bhd (Alp Capital), syarikat pembiayaan rantaian bekalan telah mengumumkan kerjasamanya dengan AmBank, melancarkan saluran pembayaran DuitNow QR yang disepadukan dengan sistem titik jualan (POS) berasaskan awan, Xilnex . DuitNow QR bersepadu menerima pembayaran dalam ringgit dan mata wang rentas sempadan terpilih.

Dengan DuitNow QR rentas sempadan, pengguna boleh membuat pembayaran segera dan mudah dengan hanya menggunakan telefon pintar untuk menigmbas QR ketika melancong ke Indonesia, Thailand dan Singapura menggunakan e-dompet dan aplikasi perbankan mereka. Bukan itu sahaja, pelancong juga boleh mengimbas DuitNow QR yang menyokong pembayaran tersebut.

Kong Ewe Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Alp Capital Sdn Bhd berkata inisiatif ini membantu mengurangkan kos transaksi sedemikian yang kebanyakannya melibatkan caj forex. Selain itu, peruncit boleh menjimatkan masa dan kos pemprosesan dengan mengurangkan pergantungan mereka pada penyesuaian manual.

Ciri DuitNow QR bersepadu POS baharu disediakan kepada semua pelanggan sedia ada dan baharu Xilnex tanpa yuran persediaan, selain daripada kadar diskaun pedagang (MDR) berasaskan transaksi biasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan AmBank, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, pihak syarikat akan terus menyokong pemulihan perniagaan runcit di Malaysia dengan menyediakan mereka penyelesaian e-koleksi yang dikuasakan oleh teknologi canggih untuk membantu dan mengoptimumkan perniagaan mereka.

Selain itu, Alp Capital dan AmBank akan mengadakan kempen pemasaran bersama pada Jun 2023 yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2023, dengan hadiah wang tunai akan diberikan ganjaran kepada tiga peniaga DuitNow teratas dengan nilai transaksi tertinggi dan tiga peniaga DuitNow teratas dengan bilangan transaksi tertinggi. Setiap peniaga mesti mempunyai nilai transaksi minimum RM10,000 sepanjang tempoh kempen untuk layak.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version