Site icon TechNave BM

AmBank Islamic lancarkan kempen Am Up Your Chances: Hadiah Utama Mercedes EQS sehingga 31 Mac 2024

AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) telah melancarkan kempen Am Up Your Chances dengan jumlah hadiah dan ganjaran bernilai RM2.7 juta untuk dimenangi. Kempen ini akan berlangsung selama 12 bulan mulai 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024 bertujuan untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggannya yang menyimpan dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq.

Hadiah kempen Am Up Your Chances termasuk:

Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank berkata mereka berbesar hati untuk terus memberi ganjaran kepada pelanggan melalui Kempen Am Up Your Chances bagi menggalakkan penyimpanan dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq. 

Semalam, beberapa pemenang hadiah utama akhir tahun bagi kempen AmRewards 2.0 telah membawa hadia lumayan termasuk Porsche Cayenne serba baharu. 15 pemenang memenangi 10gm 999 Gold Bar dalam kategori New-to-AmWafeeq Draw manakala 10 pemenang lain membawa pulang iPhone 13 128GB setiap satu bagi kategori New-to-Bank Digital Draw

Pelanggan baharu yang berminat untuk menyertai kempen Am Up Your Chances boleh membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq melalui platform perbankan dalam talian, AmOnline atau secara alternatif dengan melawat mana-mana cawangan AmBank atau AmBank Islamic yang berada di seluruh negara.

Ketahui maklumat lanjut tentang kempen ini di laman web rasmi Ambank di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version