Site icon TechNave BM

Ambank lancarkan Apple Pay secara tidak sengaja, kini dialih keluar daripada laman web

Pada minggu lepas, pengguna melihat promosi Apple Pay akan dilancarkan tidak lama lagi di platform Shopee dan Maxis. Ambank pernah mendedahkan sedikit mengenai kehadiran Apple Pay beberapa minggu lalu melalui SMS dan kini, promosi itu telah pun sampai di laman web Ambank.

Untuk mendaftar Apple Pay melalui Ambank, syarikat itu merancang untuk menawarkan insentif pulangan tunai untuk pengguna yang menggunakan Apple Pay pada pembelian pertama mereka. Pulangan tunai sepatutnya RM50 tetapi juga mungkin terhad kepada RM20.

Malangnya, maklumat itu tidak begitu jelas dan halaman FAQ di Ambank turut diturunkan. Walaupun begitu, terdapat petunjuk kukuh bahawa Apple Pay akan dilancarkan di Malaysia dalam minggu ini. Jika perkara ini tidak berlaku, maka ia kekal sebagai khabar angin sehingga Ambank mengumumkannya secara rasmi.

Seperti Samsung Pay, pengguna Apple Pay boleh memautkan kad debit atau kredit mereka ke peranti Apple dan melakukan pembayaran tanpa tunai. Ini termasuk iPhone, Apple Watch, iPad dan juga Mac.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Ambank

Exit mobile version