Site icon TechNave BM

AmBank, Maybank dan Standard Chartered sediakan perkhidmatan Apple pay

Seperti yang diketahui ramai, Maybank dan Ambank telah melancarkan perkhidmatan Apple Pay mereka secara rasmi. Terdapat satu lagi bank yang turut menyediakan perkhidmatan Apple Pay ini iaitu Standard Chartered.

Bank-bank lain seperti CIMB mengesahkan di halaman Twitter mereka mengatakan bahawa tiada sebarang maklumat mengenai kehadiran Apple Pay dalam bank tersebut. Bank itu juga tidak menyebut apa-apa tentang pelaksanaan ciri itu untuk masa hadapan dan kami menjangkakan bahawa bank lain mungkin dalam situasi yang sama.

Selain CIMB, bank dan perkhidmatan lain yang tidak menyokong Apple Pay adalah Big Pay, Wise, UOB, Citi Bank, CIMB, HSBC serta Public Bank. Walau bagaimanapun, perkhidmatan Apple Pay kini boleh didapati di Maxis dan Shopee.

Apple Pay berfungsi dengan cara yang sama seperti Samsung Pay kerana ia membolehkan anda memasukkan kad kredit dan debit anda untuk pembayaran tanpa tunai. Selain iPhone, Apple Pay juga berfungsi pada Apple Watch, iPad dan juga Mac.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNave

Exit mobile version