Site icon TechNave BM

AMD akan tingkatkan bekalan Ryzen 5000 untuk bersaing dengan cipset baru Intel

Media China melaporkan bahawa bekalan untuk CPU AMD Ryzen 5000 bakal ditingkatkan pada suku kedua tahun ini, iaitu sebanyak 20%. AMD tidak menjelaskan sebab mereka melakukan peningkatan tersebut, namun mereka dipercayai berbuat demikian bagi bersaing dengan CPU baru oleh Intel generasi ke-11, Rocket Lake.

Walaupun CPU Intel Rocket Lake mendapat sambutan yang tidak menggalakkan di kalangan pengguna berikutan prestasinya yang tidak sepantas cip AMD, pembina PC dipercayai akan membeli juga cip Intel kerana mereka tidak dapat membeli cip AMD yang tidak menyediakan bekalan cukup kepada pengguna.

Buat masa ini, AMD terpaksa menghadapi tekanan kerana pesanan untuk cipsetnya yang sangat tinggi, termasuklah daripada sektor pengguna dan daripada syarikat-syarikat besar seperti Microsoft dan Sony yang memerlukan cipset AMD untuk konsol Xbox Series X dan PlayStation 5.

Di samping itu, krisis kekurangan bekalan semikonduktor sedunia juga telah membuatkan pengguna sukar untuk membeli pelbagai jenis elektronik termasuklah cipset AMD.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Notebook Check

Exit mobile version