Site icon TechNave BM

AMD lancarkan kad grafik Radeon RX 7800 XT dan Radeon RX 7700 XT, Perisian AMD: Edisi Adrenalin

AMD telah melancarkan kad grafik baharu iaitu AMD Radeon RX 7800 XT dan Radeon RX 7700 XT yang menampilkan teknologi terkini seperti raytracing bersepadu, pemecut AI, dan AMD Infinity Cache. Kad-kad ini dioptimumkan untuk game berprestasi tinggi sehingga 1440p.

Selain dari kad grafik, AMD telah mengeluarkan versi terkini AMD Software: Edisi Adrenalin yang memperkenalkan teknologi AMD HYPR-RX untuk meningkatkan prestasi game dengan menguruskan ciri-ciri seperti Radeon Super Resolution dan Anti-Lag.

AMD Radeon Anti-Lag+ mengurangkan lag input pada setiap game. Ciri-ciri ini serasi dengan grafik AMD Radeon RX 7000 Series dan pemproses AMD Ryzen dengan grafik terintegrasi berasaskan seni bina RDNA 3.

Selain itu, pembeli kad grafik Radeon RX 7800 XT dan Radeon RX 7700 XT bersama-sama dengan sistem Radeon + Ryzen yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pakej Starfield Premium Edition. Ia menawarkan gamer akses percuma kepada game yang sangat dinanti-nantikan di rakan kongsi yang mengambil bahagian dengan pembelian sehingga 30 September 2023.

Kad grafik AMD Radeon RX 7800 XT dan Radeon RX 7700 XT boleh didapati pada harga $499 (RM2,499) dan $449 (RM2,299). Pengguna boleh memuat turun versi terkini AMD Software: Edisi Adrenalin untuk memanfaatkan ciri-ciri ini. Maklumat lanjut dan penebusan kod game boleh didapati di www.amdrewards.com.

Pengguna juga boleh memuat turun versi terkini Perisian AMD: Edisi Adrenalin di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version