Site icon TechNave BM

AMD Radeon RX 6700 XT diumum: VRAM 12GB, DirectX Raytracing, Radeon Boost berharga ~RM1,942

Jika anda ingin menaik taraf kepada perkakas komputer atau PC baharu, anda mungkin mengalami masalah mencari GPU berprestasi tinggi buat masa ini. Namun, AMD masih mengeluarkan perkakas baru di sebalik isu kekurangan bekalan. AMD kini mengumumkan Radeon RX 6700 XT.

Seperti GPU lain dalam siri Radeon RX 6000, GPU Radeon RX 6700 XT menggunakan jenis pembinaan AMD RDNA 2 dengan pelbagai spesifikasi menarik. Antaranya adalah Infinity Cache 96MB, VRAM GDDR6 12GB dan kelajuan maksimum 2581 MHz. Gamer yang memiliki GPU ini pastinya boleh bermain kesemua game dalam tetapan maksimum 1440p dengan lancar.

Selain itu, Radeon RX 6700 XT juga hadir dengan beberapa spesifikasi berprestasi tinggi seperti DorectX Raytracing, AMD Smart Access Memory, Anti Lag dan teknologi Radeon Boost. Dari segi kelengkapan port pula, ia hadir dengan tiga DisplayPort (1.4 dengan SDC) dan satu port HDMI 2.1. Harga jangkaan di pasaran Malaysia untuk GPU ini adalah $479 (~RM1,942).

Adakah GPU ini sudah cukup berprestasi untuk anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version