Site icon TechNave BM

AMD sedang bina cipset prestasi unggul bernama Ryzen C7 untuk telefon Android

Jika sebelum ini AMD lebih dikenali dalam industri perkomputeran, mungkin berita ini boleh menukar perspektif anda selamanya. Sumber melalui laman Twitter HansDeVriesNL melaporkan bahawa AMD sedang membina cipset terbaru yang bernama Ryzen C7 khas untuk telefon pintar.

Ryzen C7 mungkin hadir dengan prestasi unggul memandangkan maklumat yang terdedah ini kelihatannya menyokong pelbagai spesifikasi unggul. Terlebih dahulu, AMD dilaporkan bakal dihuni Cortex X1 3GHz bersama dua teras Cortex A78 2.6GHz dan empat teras Cortex A55 2GHz.

Lebih menarik, cip ini mungkin hadir dengan grafik berasaskan RDNA (kolaborasi AMD dan Samsung tahun 2019). Solusi grafik ini dikatakan lebih baik daripada Adreno 650 dalam Samsung Galaxy S20. Ryzen C7 dilaporkan adalah cip terbina dengan proses 5nm dengan integrasi sokongan 5G MediaTek 5G UltraSave Modem.

Spesifikasi yang bakal disokong oleh cipset ini adalah sokongan RAM LPDDR5, paparan 2K dan kadar segar semula 144Hz. Jika khabar ini benar, peranti Android yang menggunakan AMD Ryzen C7 bakal menempah nama baik dalam industri telefon pintar.

Apa pun, berita ini bukanlah berita rasmi, namun maklumatnya mungkin memberi sedikit bayangan untuk anda. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techspot

Exit mobile version