Site icon TechNave BM

AMD umumkan Radeon RX 7600, memori GDDR6 8GB berharga RM1,399

AMD hari ini mengumumkan kad grafik desktop peringkat permulaan Radeon RX 7600 iaitu model ketiga dalam siri kad grafik 7000 berasaskan RDNA 3 dan merupakan kad grafik yang paling murah setakat ini. RX 7600 direka untuk mencapai 60fps dengan resolusi 1080p dan menyediakan pilihan GPU untuk pengguna yang tidak mementingkan resolusi 4K.

Memori GDDR6 8GB mencatatkan kadar 18Gbps tetapi dengan hanya proses memori 128-bit yang mencatatkan kadar 288GB/s. AMD mendakwa RX 7600 menawarkan prestasi 29% lebih tinggi daripada RX 6600 dan prestasi 34% lebih tinggi daripada RTX 3060 8GB secara purata pada resolusi 1080p.

Ciri lain termasuk sokongan pengekodan dan penyahkod AV1, HDMI 2.1 (48Gbps) dan DisplayPort 2.1 (54Gbps). Tiada USB-C pada model ini. Kad ini mempunyai jumlah kuasa papan sebanyak 165W dan berfungsi pada satu penyambung 8-pin tunggal.

RX 7600 dijual dengan tanda harga MYR 1,399 dan boleh didapati terus daripada AMD.com serta daripada rakan kongsi termasuk ASRock, ASUS, Biostar, Gigabyte, MSI, Sapphire, PowerColor, Vastarmor, XFX dan Yeston mulai 25 Mei.

Selain itu, AMD telah melanjutkan bundle permainan The Last of Us Part I sehingga 28 Mei 2023 dengan tarikh akhir penebusan dari sekarang sehingga 24 Jun 2023. Ia memberi peluang kepada pemain untuk merasai pengalaman bermain bersama bundle permainan dengan pembelian Radeon RX 7600,Radeon RX 7000 atau siri Radeon RX 6000.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version