Site icon TechNave BM

AMD umumkan Ryzen 9 7945HX3D, cip komputer riba pertama dengan teknologi 3D V-Cache

AMD telah mengumumkan Ryzen 9 7945HX3D iaitu cipset komputer riba pertama di dunia dengan teknologi 3D V-Cache. 7945HX3D pada asasnya ialah 7945HX tetapi dengan dua kali ganda cache L3. Walaupun cache L1 dan L2 masing-masing kekal pada 1MB dan 16MB, cache L3 7945HX beralih daripada 64MB kepada 128MB yang menghasilkan jumlah cache 144MB.

Diperkenalkan pertama kali pada pemproses desktop Ryzen 7 5800X3D tahun lepas, teknologi AMD 3D V-Cache pada asasnya menyusun lapisan memori tambahan pada cipset. Walaupun kebanyakan aplikasi tidak menunjukkan peningkatan daripada cache tambahan, tetapi game cenderung mendapat manfaat yang besar daripadanya. 

Memori tambahan bermakna game tidak perlu mengakses memori sistem yang lebih perlahan dan jauh secara fizikal dengan kerap menghasilkan pemprosesan yang lebih pantas bagi setiap bingkai serta kadar bingkai yang lebih tinggi secara keseluruhan.

7945HX3D sebaliknya sangat serupa dengan 7945HX. Ia mempunyai 16 teras Zen4 dan 32-benang. Seperti 7945HX, cache juga terbahagi pada dua charge-coupled device (CCD) tetapi pada 7945HX3D, satu CCD mendapat tambahan 64MB cache L3 menghasilkan 96MB pada satu CCD dan 32MB pada satu lagi. 

7945HX3D boleh meningkatkan sehingga 5.4GHz dan boleh overclocked secara manual atau automatik menggunakan AMD Precision Boost Overdrive. TDP lalai ialah 55W dan boleh dikonfigurasikan antara 55W dan 75W oleh pengeluar komputer riba. Suhu operasi maksimum telah dikurangkan kepada 89°C.

7945HX3D akan mula muncul pada ASUS ROG Scar 17 bermula 22 Ogos dan pada model lain di seluruh dunia akan datang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AMD

Exit mobile version