Site icon TechNave BM

Amerika akan tambah lagi senarai sekatan teknologi ke China

Terkini, Amerika Syarikat (AS) dilapor merancang untuk menambah lagi senarai sekatan teknologi yang dieksport ke China. Sebelum ini, beberapa syarikat AS telah disekat untuk berurusan dengan syarikat China.

Menurut sumber, pentadbiran baru AS Joe Biden tidak akan membebaskan sekatan lepas yang dilaksanakan oleh Trump sebelum mereka melalukan rundingan dan tinjauan intensif dengan sekutu. Pihak AS tidak ingin bertindak melulu untuk membebaskan sekatan tanpa tinjauan.

Tambah sumber, pihak pentadbiran Joe Biden masih belum memutuskan jika mereka akan membebaskan sekatan terdahulu atau tidak. Sebaliknya, mungkin akan ada kesinambungan terhadap sekatan yang dijalankan.

Melalui hal ini, AS dilihat mungkin akan menambah sekatan eksport teknologi terhadap China dan masih belum memutuskan untuk membebaskan sekatan lepas. Terdahulu, HUAWEI telah merayu kepada mahkamah untuk membebaskan sekatannya.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version