Site icon TechNave BM

Amerika izin syarikat bekalkan komponen, cipset kepada HUAWEI, tetapi tanpa sokongan 5G

Rasanya sudah agak lama tempoh kita digembar-gemburkan dengan berita mengenai sekatan Amerika Syarikat terhadap HUAWEI. Sepanjang konflik ini, HUAWEI masih dilihat melancarkan produk-produk pintarnya dengan spesifikasi yang baik. Terkini, Amerika Syarikat (AS) dilapor membenarkan syarikat di negaranya membekalkan komponen atau cipset kepada HUAWEI, tetapi bersyarat.

Syaratnya adalah kesemua komponen yang dibekalkan kepada HUAWEI tidak boleh digunakan untuk 5G. Pendek kata, kesemua teknologi yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat kepada HUAWEI tidak boleh mempunyai sokongan 5G.

Sekatan oleh AS ini dilihat semakin longgar memandangkan Samsung Display dilapor mendapat lesen untuk bekalkan skrin kepada HUAWEI. Sedikit sebanyak, sekatan ini sebenarnya mendatangkan kerugian untuk industri ini.

Menurut laporan, terdapat lebih 300 syarikat termasuk Samsung, Qualcomm, MediaTek yang sudah memohon lesen. Permohonan lesen ini dijangka diluluskan pada minggu atau bulan-bulan yang akan datang.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita menarik mengenai HUAWEI disini!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version