Site icon TechNave BM

Amerika Syarikat mungkin akan melarang TikTok dan lain-lain aplikasi media sosial dari China

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo mengatakan bahawa kerajaannya sedang menyelidik kemungkinan bahawa aplikasi media sosial China akan dilarang di dalam AS. Beliau mengatakan usaha ini sedang diselidik dengan sangat serius terutamanya terhadap media sosial TikTok.

Beliau mengatakan bahawa pengguna hanya boleh memuat turun aplikasi tersebut jika “anda ingin menyerahkan data peribadi anda kepada Parti Komunis China (CCP).”

Sebelum ini, TikTok sering dikritik oleh ahli-ahli politik Amerika Syarikat yang mengatakan aplikasi video pendek itu merupakan ancaman kepada keselamatan negara berikutan hubungannya dengan China. Mereka mengatakan syarikat TikTok akan “bekerjasama dengan kerja-kerja pengintipan oleh CCP.”

Sementara itu, TikTok menegaskan bahawa pusat datanya terletak di luar China dan tidak tertakluk dalam penguat kuasaan undang-undang China. Data pengguna AS disimpan dalam AS sendiri, dengan sandaran (backup) di Singapura.

Adakah ini akan mempengaruhi anda jika anda menggunakan TikTok? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNN

Exit mobile version