Site icon TechNave BM

Amerika Syarikat sedang uji anjing robot untuk kawalan sempadan

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat minggu ini mengeluarkan butiran baharu tentang ujian robot anjing untuk mengawal di sempadan selatan. Anjing robot sedang dalam ujian untuk peranan pengawasan dan pegawainya mendakwa bahawa percubaan itu berjaya. Jabatan itu mengatakan bahawa ia akan terus bekerjasama dengan pembekal anjing robot untuk meningkatkan operasi mereka.

Menurut laporan, anjing robot itu dihasilkan oleh Ghost Robotics yang bersaing dengan Boston Dynamics. Model Ghost Robotics yang paling popular iaitu Ghost Vision 60 adalah anjing robot yang berukuran 76 sentimeter dan mempunyai berat 32 kilogram serta boleh melakukan rondaan sejauh 7.5 batu dalam masa tiga jam dengan sekali cas.

Anjing robot boleh itu navigasi secara autonomi atau manual. Ia juga dilengkapi dengan pengimejan berdasarkan suhu dan kamera penglihatan malam. Sebelum ini, Ghost Robotics juga menunjukkan prototaip robot anjing dengan pistol. Walau bagaimanapun, tiada petunjuk bahawa jabatan keselamatan AS sedang mengujinya.

Anjing robotik ini sedang dalam ujian dalam misi mengawal sempadan untuk meronda titik laluan GPS pratetap secara automatik dengan kamera dan sensor. Mereka juga memeriksa kereta api dan gerabaknya menggunakan anjing robot ini.

Robot dengan kaki yang boleh beroperasi secara autonomi dalam persekitaran terpencil dan berbahaya akan membantu manusia meneroka altitud yang lebih tinggi dan wilayah yang masih belum diterokai.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version