Site icon TechNave BM

Anda ada pelan bagus untuk pulihkan ekonomi negara? Beritahu Kementerian Kewangan sekarang!

Jika anda mempunyai sebarang cadangan yang anda rasakan boleh bantu memulihkan ekonomi negara pasca wabak COVID-19, kerajaan mengalu-alukan cadangan anda. Anda boleh layari laman web di Kementerian Kewangan ini untuk mengutarakan cadangan ekonomi anda.

Soalan yang terdapat dalam laman web tersebut merangkumi pelbagai aspek seperti norma amalan pekerjaan baharu, cara mengurangi pengangguran, menggalakkan perbelanjaan swasta, pemulihan perniagaan kecil dan sederhana (PKS), mengembalikan keyakinan pelabur luar dan banyak lagi.

Sama-sama kita berganding bahu dalam memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19 ini. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah melakukannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version