Site icon TechNave BM

Anda akan merindui Mod Zombi dalam Call of Duty: Mobile selepas 25 Mac ini

Berita ini ditujukan khas kepada peminat game Call of Duty: Mobile yang sering berada dalam dunia zombi. Terkini, mod zombi telah dirancang untuk disingkirkan pada kemas kini yang akan datang (25 Mac ini).

Dengan ini, anda mungkin ingin menewaskan musuh melalui mod zombi sepuas-puasnya. Jika tidak, anda mungkin akan merinduinya!

Pembangun Timi Studios berkata dalam perkongsiaannya bahawa mod ini tidak mencapai tahap kualiti yang diimpikan oleh mereka. Terdahulu, mereka mungkin akan mengeluarkan mod peta kedua untuk dunia zombi, Nacht Der Untoten.

Apa pun, mereka mungkin akan mengeluarkan kembali mod ini bersama Nacht Der Untoten, tetapi mereka akan memastikan kualitinya cukup tinggi untuk dimainkan.

Adakah anda salah seorang yang gemar bermain dalam mod zombi? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version