Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Ruslin Jusoh menyatakan bahawa jabatannya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi mengurangkan kesesakan di lokasi-lokasi tersebut.
Jabtan itu telah pun melaksanakan kajian yang berkenaan kod QR di pintu masuk negara dan sekarang sedang melalui fasa pengujian. Memandangkan ia masih lagi dalam peringkat awal, KDN akan memaklumkan lokasi-lokasi yang sedang menguji imbasan QR ini dalam masa terdekat.
Tindakan ini dibuat susulan cadangan daripada Kerajaan Negeri Johor untuk memperkenalkan sistem QR seperti Singapura bagi melancarkan pergerakan keluar masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan negara. Ia merupakan salah satu daripada tiga cadangan kerajaan negeri dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Datuk Ruslin berkata JIM dan KDN merancang untuk menangani isu kesesakan bukan sahaja di sempadan Johor Bahru, malah di pintu-pintu masuk melalui lapangan terbang. Sungguh pun begitu, dalam usaha untuk mempercepatkan pergerakan di pintu masuk utaman negara, jabatan tersebut tidak akan memberi kompromi terhadap aspek keselamatan.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

