Site icon TechNave BM

Anda bakal boleh ubah Microsoft Word kepada Powerpoint dengan satu klik sahaja

Ciri tertentu dalam perisian tugasan pejabat dapat mempengaruhi prestasi dan produktiviti dalam melakukan tugasan. Terkini, Microsoft Office 365 bakal membenarkan anda mengubah dokumen Microsoft Word ke PowerPoint dengan hanya satu klik sahaja.

Menurut sumber, beberapa pengguna yang terlibat dalam program akses awal telah dapat menikmati ciri ini. Pilihan untuk menukarkan dokumen adalah melalui menu File > Transform dalam Microsoft Word. Setelah memilih menu tersebut, terdapat pra-tonton untuk fail pembentangan anda dalam bentuk PowerPoint.

Tambah sumber, ciri Transform ini hanya boleh digunakan untuk dokumen dalam bahasa Inggeris atau melalui pelayar web tertentu sahaja. Setakat ini, ciri ini juga hanya menyokong data berbentuk teks. Sebarang media lain termasuk gambar dan video masih tidak disokong. Anda perlu menambah sendiri media lain dalam PowerPoint yang tersedia.

Ciri ini bakal pastinya bakal ditambah baik setelah ia dilancarkan. Namun, kami tidak pasti garis masa rasmi untuk Microsoft melancarkan ciri ini kepada pengguna umum. Apakah pendapat anda tentang ciri Transform? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Gambar dari Gizmochina

Exit mobile version