Site icon TechNave BM

Anda berpeluang menangi Proton X70 apabila anda gunakan mana-mana perkhidmatan U Mobile

Mulai hari ini sehingga 8 Januari 2021, U Mobile akan menganjurkan kempen promosi We Want U GIVEAWAY di mana pelanggan bertuah boleh membawa pulang kereta Proton X70, Proton Iriz, motosikal Modenas Kriss, telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro 5G, iPhone 11 Pro atau pelbagai lagi hadiah menarik berjumlah RM3 juta.

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan perlu mengumpulkan mata sebanyak mungkin di mana mata tersebut boleh dikumpul dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk mengaktifkan pelan baru, menaik taraf pelan sedia ada, membeli pelan data, melanggan pada pelan peranti atau melanggan produk insuran.

Mata juga boleh diperoleh apabila pengguna berinteraksi dengan aplikasi MyUMobile. Pelanggan yang menggunakan e-dompet oleh syarikat telko itu, GoPayz, juga boleh mendapatkan mata apabila melaksanakan sebarang urus niaga dengannya.

Untuk mata lebih, pelanggan juga boleh mengikuti Flash Deals di mana mata akan diberikan lebih banyak daripada setiap transaksi dan Digital Week di mana pelanggan boleh mendapatkan rebat 10% untuk transaksi terpilih sambil memperoleh mata ganjaran.

Ketahui lebih lanjut tentang We Want U GIVEAWAY di laman web rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai kempen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version