Site icon TechNave BM

Anda boleh beli internet 100Mbps + 102 saluran hanya RM6 sehari melalui Astro & Broadband

Terkini, Astro & Broadband telah mengumumkan tawaran pelan rangkaian jalur lebar bersama sehingga 102 saluran televisyen. Kempen #WhateverFromHome ini menawarkan pakej serendah RM6 sehari.

Pelan melalui Astro & Broadband ini memberi anda peluang menikmati internet berkelajuan tinggi 100Mbps dan 102 saluran dari Astro dalam satu harga iaitu RM6 sehari. Anda boleh mendapatkan pelan dan mengetahui maklumat lanjut mengenainya di pautan rasmi Astro ini.

Pelanggan yang mendaftar pelan ini layak mendapat 1 bulan Broadband percuma dan kad hadiah RM80 Starbucks Gift Card (hanya 100 pelanggan pertama yang mendaftar secara dalam talian). Manakala 500 pelanggan pertama layak mendapat Samsung Soundbar percuma bernilai sehingga RM799.

Adakah anda berminat dengan pelan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version