Site icon TechNave BM

Anda boleh buat panggilan telefon percuma sempena Hari Raya esok!

Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini telah mengumumkan bahawa pelanggan kepada semua syarikat telekomunikasi dalam Malaysia bakal boleh membuat panggilan telefon secara percuma kepada orang tersayang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemudahan ini akan disediakan bermula 12 Mei jam 10:00 malam hingga 13 Mei jam 10:00 pagi.

Kemudahan ini diusahakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan ia boleh dimanfaatkan oleh pelanggan Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodoo dan YES.

Dengan panggilan percuma ini, ia harap dapat membantu rakyat menyesuaikan diri dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berlangsung sehingga hari Isnin, 7 Jun. Memandangkan rakyat tidak boleh merentas negeri dan daerah untuk balik kampung, mungkin panggilan telefon sedikit sebanyak boleh mengubat rindu kampung halaman.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version