Site icon TechNave BM

Anda boleh buat pendaftaran vaksin untuk ahli keluarga bermula 12 Mac

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan bahawa aplikasi MySejahtera akan melancarkan fungsi baru pada 12 Mac di mana pengguna boleh mendaftarkan ahli keluarga mereka untuk mendapatkan vaksin. Dengan fungsi ini, anak-anak boleh mendaftarkan nama ibu bapa mereka yang tidak mempunyai akaun MySejahtera.

Dengan pengenalan fungsi ini, Khairy menjangkakan pendaftaran yang semakin tinggi, sehingga lima juta pendaftaran pada dua minggu akan datang. Setakat hari ini, 3,832,976 orang telah pun mendaftar untuk program imunisasi COVID-19 di mana majoriti besar berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau turut berkongsi lima negeri yang menerima paling banyak vaksinasi setakat ini iaitu Sarawak, Pahang, Selangor, Kelantan dan Sabah. Selain berkongsi statistik, beliau turut memberi amaran kepada penerima vaksin supaya tidak memotong giliran jika waktu suntikan mereka masih jauh lagi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version