Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan bahawa anda boleh cari Nombor Pengenalan Cukai (TIN) melalui Portal MyTax bermula hari ini (1 Januari 2025). Ia boleh diakses melalui laman web https://mytax.hasil.gov.my/ dan klik pada menu carian TIN.
Untuk mencari TIN, anda hanya perlu masukkan maklumat mengikut kategori. Jika anda ingin mencari secara individu, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan atau pasport. Anda juga boleh gunakan pengesahan identiti MyDigital ID.
Untuk kategori selain individu pula, anda perlu masukkan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) atau nama pembayar cukai yang didaftarkan di LHDN untuk mereka yang tidak mempunyai BRN.
Fungsi carian TIN juga boleh didapati melalui portal MyInvois dan Application Programming Interface (API) MyInvois.
Buat masa ini, fungsi carian TIN hanya boleh digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja. LHDN mengatakan perkhidmatan carian ini adalah selaras dengan pengumuman oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

