Jika anda berminat untuk pegang dan cuba gunakan telefon-telefon lipat terbaru oleh Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Fold7, Samsung Galaxy Z Flip7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 FE yang baru dilancar pada minggu lalu, anda boleh datang ke jerayawara khas yang akan diadakan di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur pada 16 hingga 20 Julai 2025.
Dalam jerayawara Galaxy Unfolds Roadshow ini, anda boleh alami sendiri teknologi skrin lipat pada ketiga-tiga telefon ini, serta ketahui lebih lanjut tentang siri Galaxy Fold sejak pengenalannya pada 2019. Anda juga boleh cuba fungsi Galaxy AI dalam telefon-telefon ini untuk lihat bagaimana ia boleh membantu dalam situasi harian, seperti penulisan nota, integrasi antara pelbagai peranti dan banyak lagi.
Di samping itu, anda boleh cuba jam tangan Samsung Galaxy Watch Series untuk alami fungsi-fungsi kesihatan fizikal dan mental yang ditawarkan. Ia mempunyai penjejakan kesihatan yang peribadi, panduan gaya hidup sihat dan data yang diperibadikan untuk anda sahaja.
Jerayawara ini juga memaparkan Galaxy Ecosystem iaitu sistem hubungan antara pelbagai kategori produk Samsung seperti peranti mudah alih, televisyen dan kelengkapan rumah.
Pra-tempahan untuk Samsung Galaxy Z Fold7, Samsung Galaxy Z Flip7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 FE akan dibuka dalam jerayawara ini, bermula pada harga RM3,999. Selain itu, pra-tempahan untuk siri Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch Ultra juga akan dibuka dan anda berpeluang dapatkan penjimatan sehingga RM966.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan melawat Galaxy Unfolds Roadshow dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

