Site icon TechNave BM

Anda boleh dapat rebat potongan sehingga RM400 sewaktu beli penghawa dingin dan peti sejuk cekap tenaga

Pada masa hadapan, apabila anda membeli dua unit kelengkapan elektronik rumah dengan rating kecekapan Suruhanjaya Tenaga (ST) sebanyak 4.0 bintang dan ke atas, anda boleh mendapatkan potongan e-rebat sehingga RM400.

Ini adalah sebahagian daripada program Mencapai Lestari Melalui Kecekapan Tenaga (Sustainability Achieved via Energy Efficiency) SAVE yang diperkenalkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membeli peralatan elektrik dengan rating kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang supaya anda boleh menjimatkan penggunaan elektrik dalam rumah.

Penghawa dingin atau peti sejuk dengan rating kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang boleh menerima e-rebat RM400

Bagi melaksanakan program ini, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta di bawah Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) bagi membiayai rebat pembelian penyaman udara dan peti sejuk yang cekap tenaga.

Untuk mendapatkan e-rebat tersebut, pelanggan boleh membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai elektrik atau pasar raya yang berdaftar di bawah program SAVE 4.0. Selain itu, pengguna juga boleh memohon e-rebat dengan membeli secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf.

Perlu diingati bahawa rebat ini hanya terhad untuk satu akaun bil elektrik sahaja dan ia boleh dimohon oleh semua warga Malaysia yang memilik akaun elektrik tarif domestik dan berdaftar dengan syarikat utiliti.

Anda boleh layari laman web SAVE untuk maklumat lanjut mengenai program ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SEDA Malaysia

Exit mobile version