Site icon TechNave BM

Anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM100 apabila anda beli vivo V29 5G sebelum 31 November 2023

Jika anda berminat untuk membeli telefon pintar kelas pertengahan vivo V29 5G, vivo Malaysia akan menawarkan diskaun khas untuknya sepanjang bulan November 2023.

Anda boleh mendapatkan diskaun ini jika anda menukar (trade-in) telefon lama anda dengan vivo V29 5G. Anda hanya perlu ke kedai vivo Store dan bawa telefon lama anda, kemudian anda boleh dapatkan diskaun RM50 jika anda ingin beli vivo V29 5G varian 256GB, atau diskaun RM100 jika anda ingin beli varian 512GB.

Sepanjang tempoh promosi ini, setiap pelanggan vivo V29 5G juga akan menerima hadiah percuma seperti perlindungan skrin vivo Care 1-Year Screen Protection (bernilai RM399) dan jam tangan vivo Selection Smartwatch (bernilai RM159).

Untuk mereka yang tidak mengetahui telefon ini, vivo V29 5G merupakan sebuah telefon pintar dengan cahaya Aura Light Portrait di belakangnya, supaya anda boleh mengambil gambar potret yang jelas pada waktu malam. Tonton video kami untuk maklumat lanjut mengenainya:

Cahaya Aura Light Portrait di belakang vivo V29 5G untuk mencantikkan gambar potret dalam situasi malap

Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version