Jika anda ingin mencuba game yang baru tanpa membelanjakan wang, kami ada berita baik untuk anda. Game The Division oleh Ubisoft kini sedang diberikan secara percuma bermula hari ini hingga Selasa, 8 September jam 6:00 petang. Jika anda mendapatkan game ini sebelum masa tersebut, ia boleh dimainkan pada bila-bila masa termasuk selepas 8 September.
Untuk pemain game PC, anda hanya perlu mencipta sebuah akaun Uplay untuk mendapatkan game tersebut. Bagi pemain Xbox pula, The Division akan diberikan secara percuma kepada ahli Xbox Live Gold sehingga akhir September ini.
Bagi mereka yang tidak mengenali The Division, ia adalah game third-person shooter berlatarkan New York yang telah dimusnah kerana penularan wabak maut. Ia boleh dimainkan secara berseorangan, namun penarik utama game ini adalah dalam mod multi-pemain, jadi jangan lupa ajak rakan-rakan anda untuk turut mendapatkan game ini secara percuma!
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Ubisoft

