Site icon TechNave BM

Anda boleh tempah janji temu untuk dos penggalak bermula 21 Mac 2022 dalam MySejahtera

Jika anda masih belum menerima dos penggalak (booster shot) untuk vaksin COVID-19, anda boleh membuat janji temu untuk dos tersebut dalam aplikasi MySejahtera bermula hari Isnin, 21 Mac 2022 (esok). Ia akan dilaksanakan melalui fungsi Booking Management System dalam aplikasi MySejahtera.

Langkah ini diambil bagi meluaskan liputan serta mempercepatkan suntikan dos penggalak dalam kalangan rakyat, sebelum status vaksinasi penuh akan ditarik balik buat penerima vaksin primer (dos 1 dan dos 2) sahaja bermula 1 April 2022.

Langkah untuk mendapatkan janji temu dos penggalak dalam aplikasi MySejahtera

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Anas Alam Faizli, warga emas yang mempunyai komorbiditi dan belum menerima dos penggalak akan berisiko tinggi untuk meninggal dunia jika dijangkiti penyakit COVID-19.

Memandangkan bulan puasa semakin hampir, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk sama-sama mendapatkan dos penggalak secepat mungkin bagi melindungi keluarga apabila negara memasuki fasa endemik.

Adakah anda sudah menerima dos penggalak? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version