Site icon TechNave BM

Anda boleh karaoke dengan aplikasi YouTube Music, lirik kini tersedia

Terkini, YouTube telah melancarkan fungsi lirik tersedia pada paparan lagu yang anda pilih melalui aplikasi YouTube Music. Anda tidak perlu lagi membuka pelayar lain untuk melihat lirik kerana anda kini boleh melihat lirik semasa lagu pilihan anda dimainkan.

Fungsi ini tersedia di dalam aplikasi YouTube Music. Anda boleh mendapatkannya melalui App Store atau Google Play Store. Senang sahaja, telerbih dahulu, pilih lagu untuk dimainkan. Kemudian, klik pada butang ikon (i) pada paparan lagu yang dimainkan.

Lagu bersama lirik

Oleh kerana fungsi ini adalah baru, terdapat lagu yang masih tidak dibekalkan dengan lirik. Apa pun, pastinya lagu-lagu bakal dibekalkan lirik bermula dari sekarang! Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version