Site icon TechNave BM

Anda boleh keluarkan RM10 baharu dari ATM untuk Duit Raya di 29 cawangan CIMB

Sambutan Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal dua minggu sahaja lagi dan anda pasti ingin mendapatkan wang kertas baharu untuk diberikan sebagai duit raya kepada kanak-kanak pada hari tersebut. Bagi memudahkan urusan ini, bank CIMB akan membenarkan anda mengeluarkan duit kertas RM10 baharu daripada mesin ATM.

Kemudahan ini akan disediakan di 29 cawangan CIMB seluruh negara, bermula 17 Mac hingga 31 Mac 2025. Berikut adalah senarai cawangan yang terlibat:

Walaupun kaedah pemberian duit raya melalui e-dompet adalah lebih popular pada waktu ini, mungkin ada dalam kalangan kita yang masih gemar memberi duit raya secara fizikal. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kemudahan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CIMB

Exit mobile version