Site icon TechNave BM

Anda boleh main game eksklusif PlayStation, Horizon Zero Dawn di PC bermula 7 Ogos ini!

Game Horizon Zero Dawn telah dilancarkan pada Februari 2017 yang lepas sebagai game eksklusif PlayStation. Ini bermaksud ianya hanya boleh dimainkan mengggunakan peranti PlayStation dari Sony sahaja. Selain dari Horizon Zero Dawn, pelbagai game ekslusif PlayStation yang menarik telah dilancarkan seperti God of War, Spider-Man, BloodBorne dan The Last of Us.

Kini, game Horizon Zero Dawn untuk versi PC telah disahkan akan datang pada 7 Ogos ini selepas beberapa bulan khabar anginnya tersebar. Guerrilla Studios telah membuat pengumuman tentang hal ini pada laman media sosial Twitter mereka. Trailer untuk game Horizon Zero Dawn versi PC juga telah dimuat naik di YouTube.

Ketua PlayStation Worldwide Studios, Hermen Hulst memberitahu bahawa ini tidak bermakna game eksklusif PlayStation yang lain akan hadir ke PC dalam masa terdekat. Beliau juga menyatakan bahawa ia adalah penting untuk memperkenalkan PlayStation kepada orang ramai dan menunjukkan apa yang mereka terlepas tanpa peranti PlayStation. Sekuel Horizon Zero Dawn iaitu Horizon Forbidden West akan dilancarkan untuk PlayStation 5 nanti.

Bagaimana dengan pengumuman berkenaan game ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita game terkini.

Exit mobile version