Syarikat telekomunikasi tempatan Maxis kini sedang menganjurkan pertandingan Maxis Bonanza yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pememang, seperti hadiah utama Tesla Model 3, televisyen Samsung QLED dan hadiah-hadiah lain berjumlah RM1 juta.
Untuk menyertainya, anda boleh log masuk ke dalam aplikasi Maxis atau Hotlink, pastikan semua bil telah dibayar dan daftar masuk ke dalam pertandingan ini. Penyertaan hanya dibuka untuk para pelanggan Maxis dan Hotlink sahaja, manakala mereka yang belum menjadi pelanggan boleh menyertainya dengan melanggan kepada pelan Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre, Hotlink Prepaid atau Hotlink Postpaid.
Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 5 Februari 2025 dan terdiri daripada tiga pusingan, dan mereka yang berminat untuk menyertai perlu mendaftarkan diri dalam setiap pusingan. Berikut adalah senarai hadiah yang diberikan dalam pusingan-pusingan yang terlibat:
| Pusingan | Hadiah |
| Pusingan 1 (1 Nov – 30 Nov 2024) | Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3 Hadiah kedua: 50 x TV Pintar 4K Samsung 65″ QLED Q70D |
| Pusingan 2 (1 Dis – 31 Dis 2024) | Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3 Hadiah kedua: 50 x Dyson v12 Detect Slim Fluffy |
| Pusingan 3 (1 Jan – 5 Feb 2025 | Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3 Hadiah kedua: 50 x Samsung Galaxy S24 Ultra (512GB) |
Selain itu, Maxis akan terus menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk para pelanggannya:
- Dapatkan telefon pintar 5G percuma apabila menaik taraf ke Maxis Postpaid 109 atau ke atas.
- Beli peranti mudah alih dan dapatkan diskaun sehingga RM300 untuk pembelian seterusnya melalui Maxis Zerolution Mobile atau Aksesori.
- Nikmati naik taraf percuma ke Maxis Home Fibre 500Mbps apabila membeli TV bersama Maxis Home Fibre (bermula 14 November 2024).
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pertandingan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Maxis

